Tawaran Mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Di Central Officials Training Institute (Coti), Republic Korea Tahun 2016

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Pengarah Bahagian JANM/Pengarah Negeri/Pengarah Cawangan

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI CENTRAL OFFICIALS TRAINING INSTITUTE (COTI), REPUBLIC KOREA TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Di Central Officials Training Institute (Coti), Republic Korea Tahun 2016.  Sehubungan itu, YBhg. Dato’/  Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 25 Januari 2016 (Isnin). Maklumat lengkap berkaitan program, syarat-syarat permohonan dan lampiran kegiatan/aktiviti/sumbangan pegawai  adalah seperti lampiran yang disertakan.

Untuk muat turun Surat Siaran, Sila Klik Disini

Sila Klik disini untuk ke laman JPA

Sila Klik disini untuk ke laman eSILA JPA

image