Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia,


Institut Perakaunan Negara akan melaksanakan kursus Perakaunan Akruan (Asas) pada 25-27 Oktober 2016 bertempat di Institut Perakaunan Negara Sabak Bernam, Selangor.


Sehubungan itu tawaran masih lagi dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus berkenaan bagi mendaftar secara atas talian dengan melayari laman sesawang rasmi IPN melalui alamat http://www.ipn.gov.my/ pilih e-Kursus menggunakan Internet Explorer.


Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh terus berhubung dengan urusetia iaitu Puan Nooraini bt. Oon / Puan Juliana bt. Mohamad Jalal di talian 0332172113/2134.


Sekian, terima kasih.

image