YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan,

 

Dimaklumkan bahawa JANM sedang melaksanakan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) bagi tahun 2016.

 

 

Pelaksanaan SPAN di JANM adalah berdasarkan Arahan Y.A.B. Perdana Menteri Siri 7 No. 1 Tahun 2007: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam yang bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program-program nilai murni di Jabatan dan seterusnya membantu membangunkan strategi bagi meningkatkan amalan dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan warga Jabatan.

 

Kerjasama dan kesudian YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi soal selidik SPAN ini dengan melayari pautan http://www.interactive.jpa.gov.my/auditnilai/ dan memasukkan Kod Jabatan / Agensi : 3652 mulai 4 Oktober hingga 31 Oktober 2016 adalah amat dihargai. Manual Pengguna SPAN boleh dirujuk di sini.

 

 

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Unit Integriti melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau talian 03-8882 1593/1697/1226.

 

Sekian, terima kasih.

image