Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2016. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 26 April 2016 (Selasa). Maklumat lengkap berkaitan program dan syarat-syarat permohonan adalah seperti lampiran yang disertakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut:

Puan Fauziah Binti Abdullah
Tel: 03-8882 1188 / emel: fauziah_abdullah[@]anm[dot]gov[dot]my

YM Puan Raja Nur Syahidatul Amirah Binti Raja Brahim
Tel: 03-8882 1030 / emel: amirah.brahim[@]anm[dot]gov[dot]my


Sila klik disini untuk maklumat lanjut


Sekian, terima kasih.

image