Tawaran mengikuti kursus "Perakaunan Akaun Amanah, Deposit dan Panjar"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Institut Perakaunan Negara (IPN) ingin melaksanakan Kursus Perakaunan Akaun Amanah, Deposit dan Panjar pada tarikh 4 - 7 April 2016.


Sehubungan dengan itu kepada yang berminat dengan kursus berkenaan boleh melayari Laman Rasmi Institut Perakaunan Negara untuk membuat permohonan secara atas talian melalui alamat http://www.ipn.gov.my/ dengan memilih e-Kursus menggunakan pelayar Internet Explorer.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh terus berhubung dengan urusetia iaitu Encik Mohd Redza bin Jaudin di talian 03-3217 2158.


Sekian. Terima kasih.

image