Dimaklumkan bahawa Jabatan ini sedang dalam proses mengumpul maklumat bagi urusan pertimbangan kenaikan pangkat Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Perakaunan di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang telah memangku selama sekurang-kurang enam (6) bulan iaitu sebelum 30 Jun 2015 (Tarikh kuatkuasa pemangkuan pegawai sebelum atau pada 30 Jun 2015).


Dokumen-dokumen lengkap perlu dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebelum atau pada 04 Mei 2016 di alamat :


Pengarah
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 7, No.1 Persiaran Perdana
Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2
62510 W.P.PUTRAJAYA
(u.p : Urus Setia Kenaikan Pangkat)


Maklumat lanjut sila muat turun surat edaran di sini.

image