Penangguhan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (Kpsl) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2016


Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada surat siaran jabatan ini rujukan ANM(T)81/20/8/8/3 Jld.8 (15) yang bertarikh 8 April 2016 berhubung perkara di atas.


2. Dimaklumkan bahawa selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016: Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia yang dikeluarkan pada 7 April 2016, Peperiksaan KPSL anjuran JANM Tahun 2016 yang telah dijadualkan pada 17 dan 18 Ogos 2016 akan ditangguhkan bagi tahun 2016. Ia adalah bagi memberi laluan urusan rasionalisasi skim perkhidmatan Pembantu Akauntan, Pembantu Tadbir (Kewangan) dan Penolong Akauntan diselesaikan terlebih dahulu


3. Sehubungan dengan itu, semua permohonan menduduki Peperiksaan KPSL yang telah diterima sehingga 11 Mei 2016 dibatalkan. Kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah diharapkan agar dapat memaklumkan perkara ini kepada semua calon berdaftar bagi kementerian, jabatan atau agensi di bawah seliaan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan.


Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik disini.

image