2. Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016: Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia telah dikeluarkan pada 07 April 2016, Peperiksaan BITK anjuran JANM Tahun 2016 yang telah dijadualkan pada 15 Jun 2016 akan ditunda pada 28 September 2016 (Rabu) dan semua permohonan untuk menduduki peperiksaan yang telah dibuka pada 22 Februari 2016 adalah terbatal.


3. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah diharapkan agar dapat memaklumkan perkara ini kepada semua calon di agensi dan Badan Berkanun seliaan kementerian atau jabatan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan yang layak menduduki peperiksaan untuk membuat permohonan baharu secara dalam talian melalui portal rasmi JANM yang akan dibuka pada 11 Julai 2016 dan ditutup pada 22 Julai 2016.


Untuk maklumat lanjut sila klik disini.

image