Ruj : ANM(IT)MEL/01 JLD 2 (71)

 

Kepada Semua PTJ dan Pusat Terimaan Yang Diberi Khidmat oleh JANM Negeri Melaka.-


1. Adalah dimaklumkan bahawa 30/09/2016 (Jumaat) adalah hari bagi PENUTUPAN AKAUN BULAN SEPTEMBER 2016 di JANM Melaka manakala CUTI UMUM AWAL MUHARAM yang jatuh pada 02/10/2016 (Ahad) adalah bersambung sehingga 03/10/2016 (Isnin).


2. Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa semua dokumen eSPKB & eTerimaan hanya akan diproses oleh JANM Melaka sehingga 30/09/2016 (Jumaat), jam 12.00 tengahari sahaja dan akan diproses semula pada 04/10/2016 (Selasa) mulai jam 7.30 pagi.


3. Oleh itu, tuan/puan hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut bagi memastikan operasi kewangan di PTJ/Pusat Terimaan berjalan lancar sepanjang tempoh tersebut:-


i) Baucar Bayaran hendaklah diperaku II sebelum jam 12.00 tengahari pada 30/09/2016 (Jumaat) bagi membolehkan bayaran diterima oleh penerima bayaran pada hari yang sama atau selewat-lewatnya pada hari bekerja berikutnya.


ii) Pungutan hendaklah dibankkan dengan segera bagi membolehkan Penyata Pemungut (PP) diperaku II sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh 30/09/2016 (Jumaat).
Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

JANM, Negeri Melaka
29 SEPTEMBER 2016
No. Tel : 06-289 5000
No. Fax : 06-234 5201
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

image