Ruj : ANM(IT)MEL/01 JLD 2 (83)

SENARAI NAMA PTJ/PUSAT TERIMAAN YANG MASIH BELUM MEMBUAT INSTALASI SISTEM 1GFMAS & BELUM MENGHANTAR BORANG VERIFIKASI INSTALASI 1GFMAS

Kepada Semua PTJ dan Pusat Terimaan Yang Diberi Khidmat oleh JANM Negeri Melaka.

2. Bersama-sama ini adalah senarai nama PTJ & Pusat Terimaan yang masih belum membuat instalasi Sistem 1GFMAS & belum menghantar Borang Verifikasi Instalasi 1GFMAS kepada JANM Negeri Melaka sehingga 08/11/2016.

3. Kerjasama pegawai IT/pegawai teknikal yang telah hadir Taklimat Site Deployment pada 22/06/2016 (Rujuk arkib buletin bertarikh 15/06/2016) amatlah dihargai supaya dapat membuat installation 1GFMAS ke atas PC di jabatan tuan dengan kadar segera.  Mana-mana PTJ/PT yang tidak hadir/tidak mendapat DVD installer, boleh mengambil DVD tersebut di kaunter JANM Negeri Melaka.  Kerjasama jabatan negeri amatlah dihargai untuk memastikan PTJ/PT di bawah kawalan tuan telah membuat instalasi sistem 1GFMAS.

4. Setelah instalasi dibuat, sila kemukakan Borang Verifikasi Instalasi 1GFMAS yang lengkap kepada jabatan ini melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  .  Borang tersebut perlu dihantar ke jabatan ini sebelum 18/11/2016 @ 3.00 petang.

5. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pn. Rafidah bt. Mohd Said (062895052 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau Pn. Mardiana bt. Abu Hassan (06-2895053 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).  Kerjasama Unit Kewangan juga amatlah dihargai untuk memaklumkan perkara ini kepada Pegawai IT/Teknikal di jabatan tuan.

Terima kasih.

JANM, Negeri Melaka
08 November 2016

No. Tel : 06-289 5000
No. Fax : 06-234 5201
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 Senarai Belum Deployment Sehingga 08112016

 

 Borang Verifikasi 1GFMAS

image