Ruj : ANM (IT)MEL/01 Jld. 3 (16)

 

PENYEDIAAN WARAN KOSONG BAGI PEMBAYARAN EMOLUMEN (KOD OBJEK 11000, 12000, 13000 dan 17000) BAGI TAHUN 2017

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,



Perhatian kepada semua PTJ/Pusat Pembayar,

1. Mohon PTJ untuk mewujudkan waran kosong di bawah objek 11000, 12000, 13000 dan 17000 bagi pembayaran emolumen tahun 2017.

 

2. Sehubungan itu, setiap PTJ hendaklah memastikan waran peruntukan yang telah diterima diluluskan di dalam sistem eSPKB dan bagi PTJ yang masih belum menerima waran peruntukan, waran peruntukan kosong di bawah objek sebagai yang terlibat hendaklah disediakan berdasarkan kod perakaunan tahun 2017 yang telah ditetapkan selewat-lewatnya pada 6 Januari 2017.

 

3. PTJ juga diingatkan supaya pembayaran BKT 2016 yang menggunakan kod amanah penyelesaian 2016, hendaklah diselaraskan kepada vot peruntukan tahun 2017 selewat-lewatnya 25 Januari 2017.

 

Kerjasama dan perhatian daripada semua PTJ/Pusat Pembayar berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.



Unit Gaji / Unit Akaun
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Melaka

JANM, Negeri Melaka
04 JANUARI 2017

No. Tel : 06-289 5000
No. Fax : 06-234 5201
Email : pneg_mlk[@]anm[dot]gov[dot]my / ukpp_mlk[@]anm[dot]gov[dot]my



image