Tuan/Puan,

PEMBAYARAN PEMBERIAN FAEDAH PEMINDAHAN GAJI BERSAMAAN DENGAN AMAUN SATU (1) KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) DAN PEMINDAHAN GAJI PERMULAAN DI JGMM BAHARU BERKUATKUASA 1 JULAI 2016

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Bersama-sama ini disertakan surat arahan Jabatan ini mengenai perkara tersebut untuk perhatian pihak tuan/puan. Arahan ini hendaklah dibaca bersama Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

3.    Dimaklumkan juga softcopy template ‘Laporan Gaji 1KGT Julai 2016′ telah diedarkan oleh pihak kami melalui e-mel kepada pihak tuan pada hari ini untuk disemak, dikemaskini dan disahkan oleh pihak tuan sebelum diserahkan kembali kepada pihak kami secara softcopy selewat-lewatnya pada 20 Jun 2016 (Isnin).

4.    Sekiranya pihak tuan tidak menerima template tersebut melalui e-mel, mohon pihak tuan segera menghubungi Cik Haryanti Binti Ishak di talian 085-442170.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

>>SURAT PEMINDAHAN GAJI 1KGT DAN JGMM<<

 

image