Tuan/Puan,

PEMBETULAN PANDUAN PENGURUSAN DOKUMEN KEWANGAN eSPKB

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Merujuk kepada Panduan Pengurusan Kewangan eSPKB yang telah dikeluarkan pada 25 Januari 2016, terdapat pembetulan pada LAMPIRAN 4 : PENDAPATAN BERCUKAI.

3.    Bayaran Bantuan Khas Kewangan hendaklah menggunakan Modul Baucar Bayaran Dengan Invois Tanpa PT sekiranya dinyatakan di dalam pekeliling berkaitan seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 1 Tahun 2015 di Para 3.2.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

 

image