Tuan/Puan,

PROSEDUR ePENYATA GAJI DAN eLAPORAN (eSPGL)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Perunding (BKP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Prosedur ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL) sebagai tambahan kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 16 Tahun 2014 Pengurusan Pembayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan. Prosedur ini boleh dicapai melalui Portal JANM di pautan e-Penyata Gaji & Laporan (http://portal.anm.gov.my/fileupload/prosedur-epayslip.pdf) seperti di Lampiran A.

3.    Objektif Prosedur ePenyata Gaji dan eLaporan bertujuan untuk:

3.1    Menerangkan peranan Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk mencetak atau memuat turun Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan dari Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan di Portal JANM

3.2    Menerangkan tempoh penyimpanan Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan di Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan

3.3    Menjelaskan kerahsiaan maklumat dalam Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan adalah tanggungjawab Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan

4.    Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Prosedur ePenyata Gaji dan eLaporan untuk makluman dan perhatian tuan/puan selanjutnya.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

>>LAMPIRAN A<<

>>PROSEDUR ePENYATA GAJI DAN eLAPORAN<<

 

image