Semua Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)

 

Housekeeping Database Sistem eSPKB dan eTerimaan

 

Adalah dimaklumkan bahawa proses housekeeping database sistem eSPKB dan eTerimaan akan dilakukan pada 22 April 2016 (Jumaat) mulai jam 5.00 petang. Capaian ke sistem tidak dapat dilakukan pada masa proses tersebut dijalankan. Sistem akan beroperasi semula pada 25 April 2016 (Isnin) jam 8.00 pagi.

 

Selepas proses tersebut dijalankan, hanya transaksi dari tahun 2015 sehingga tarikh semasa sahaja yang terdapat di dalam database. Sehubungan dengan itu diminta semua PTJ untuk membuat salinan data berbentuk softcopy atau hardcopy iaitu menyimpan cetakan dokumen kewangan atau laporan bagi tahun 2014 ke dalam media storan seperti CD, harddisk atau pen drive untuk simpanan dan rujukan.

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Unit Teknikal JANM NS di talian 06-7686816/ 06-7686831 (Pn Jusmiah bt Jamaluddin/ En Mohd Rizal bin Sabtu/ En Ehsan Sopian bin Othman. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari semua PTJ amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

image