Kepada semua PTJ/ Pejabat Pemungut/Pusat Gaji

 

KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN JANM NEGERI/ CAWANGAN

 

Perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Dimaklumkan satu soal selidik berkaitan Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan telah dijalankan bermula dari 14 hingga 29 Mac 2016. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian dapat dilaksanakan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan.


3. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengisi dan menjawab soal selidik tersebut secara atas talian (online)melalui link berikut:

 

http://goo.gl/forms/eWLyP5FEOH​

 

4. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

image