Kursus Generik Kewangan Bil.2/2016 bertajuk Kursus Sistem Pembayaran Kerajaan Zon Timur telah berjaya dianjurkan oleh JANM Negeri Pahang dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) pada 15 hingga 16 Mac 2016. Kursus yang telah diadakan di Bilik Latihan Ibu Pejabat Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Pahang Indera Mahkota , Kuantan Pahang telah disertai oleh 29 peserta hadir dari negeri pantai timur.

Penceramah jemputan yang menjayakan kursus selama dua (2) hari ini adalah Puan Siti Maliana binti Rahim dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Puan Fatimah Zaini binti Abd Rahman dari Pejabat Tanah & Galian Negeri Pahang dan Puan Ummu Aiman binti Faridul Atrash dari JANM Pahang yang mempunyai pengalaman luas dalam Sistem Pembayaran Kerajaan.

Sepanjang kursus, para peserta dapat mempelajari Tatacara Sistem Pembayaran Kerajaan yang digunakan pada masa kini selari dengan pekeliling-pekeliling yang telah dipinda dari semasa ke semasa. Objektif penganjuran kursus ini adalah bagi memberi lebih pengetahuan dan kefahaman dalam urusan kewangan terutamanya kepada pegawai yang baru bertugas serta mengelakkan kesilapan yang sering berulang ketika penyediaan baucar bayaran. Syabas diucapkan kepada semua peserta!

image