Sesi Pembelajaran Bil.1/2016 Kelas Pembuatan Roti Dan Kek telah diadakan pada 25 Februari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Negeri Pahang, Tingkat 5 Bangunan BSN, Kuantan. Seramai 23 orang peserta telah menghadiri sesi pembelajaran tersebut yang telah berlangsung selama 4 jam. Perkongsian ilmu tersebut telah disampaikan oleh Puan Mariana Binti Ibrahim yang juga pengusaha roti dan kek yang berjaya di Kuantan. Objektif sesi pembelajaran tersebut telah tercapai dengan jayanya kerana semua peserta telah diberi pendedahan dan tips tips berguna dalam pembuatan roti dan kek. Syabas diucapkan kepada semua peserta!

image