Latihan Bil.3/2016 telah diadakan pada 23 Februari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Tingkat 10 Wisma Persekutuan, Kuantan Pahang. Kursus yang bertajuk Pemikiran Kreatif ini telah dihadiri oleh 46 peserta kakitangan Jabatan Akauntan Negara Negeri Pahang.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohammad Nizam Bin Mustafar Hilmi dari Creative Mind Training & Motivation Consultant bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang. Maklum balas yang diterima daripada peserta sangat baik dan mereka berharap agar kursus seperti ini dapat diadakan lebih kerap bagi menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif.

image