Kursus Dalam Jabatan bertajuk ‘Pengurusan Masa dan Stress’ telah diadakan pada 26 Januari 2016 (Selasa) bermula jam 8.30 pagi – 4.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Tingkat 10, Wisma Persekutuan. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Asri bin Ahmad dari Unit Psikologi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Seramai 53 orang kakitangan JANM Pahang telah menyertai kursus tersebut. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman tentang pentingnya pengurusan masa dan stress kepada para peserta. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan kursus  tersebut.

image