Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-5 JLD.7(41)
Tarikh : 30 Mac 2016

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/Ketua Pusat Tanggungjawab


Y.Bhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan


SEGERA : KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN JANM NEGERI


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan buletin ANM.PK.P/P.600-5 JLD.7(34) bertarikh 15 Mac 2016.

 

2. Y.Bhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menjawab Kajian Keberkesanan ini. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan JANM Negeri/Cawangan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian dapat dilaksanakan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan.

 

3. Kajian ini kurang mendapat sambutan daripada responden. Sehubungan itu, kajian ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2016 (jam 5 petang). Sila klik pada link http://goo.gl/forms/eWLyP5FEOH bagi menjawab kajian ini seperti berikut.

 

Kerjasama dan perhatian dari Y.Bhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

PENGARAH
JANM NEGERI PERAK

image