Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-5 JLD.7 (26)
Tarikh : 25 Februari 2016


Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,



MAKLUMAN TENTANG BAYARAN PAMPASAN PEKERJA ASING BAGI NEGARA MYANMAR

 

Perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Untuk makluman, merujuk maklumat daripada pihak bank, bayaran pampasan kepada waris pekerja asing bagi Negara Myanmar tidak boleh dibuat melalui Bank Deraf dalam matawang USD kerana pembayaran dalam matawang USD masih belum dan tidak diterima oleh USD agen disebabkan kebanyakan bank di Myanmar masih disekat (sanction) olehOFAC (US TREASURY). Pembayaran dalam matawang USD hanya boleh dibuat melalui Pindahan Telegraf (Telegraphic Transfer) ( Rujuk Lampiran – emel dari pihak Affin Bank ).

 

3. Mohon kerjasama pihak PTJ untuk sediakan MAKLUMAT TAMBAHAN berikut ( seperti yang diperlukan oleh pihak bank ) untuk tujuan pembayaran kepada pewaris :


1) Penyata Bank aktif yang mempunyai maklumat :


a) Nama Penerima (Name of Beneficiary)
b) Nama bank (Name of Bank/ Branch)
c) No Akaun (Bank Account No. )


2) Kod Swift Bank ( Bank Swift Code ) – Maklumat boleh diperolehi daripada bank Penerima.


4. Segala dokumen yang diperlukan untuk tujuan bayaran pampasan pekerja asing adalah dikekalkan seperti senarai sedia ada. Dengan ini, mohon kerjasama pihak PTJ untuk sediakan maklumat tambahan seperti yang telah dinyatakan supaya bayaran dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

 

Sekian, terima kasih.

 

PENGARAH
JANM NEGERI PERAK
25 FEBRUARI 2016

image