Secure Token ST3 untuk pengguna eSPKB telah diagihkan kepada pengguna bermula 1 April 2016. Walaubagaimanapun token tersebut didapati mempunyai masalah untuk akses kepada sistem eSPKB.

 

Pengujian ke atas penambahbaikan eSPKB telah berjaya dilaksanakan secara pilot di JANM Sri Aman dan JANM Perak. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan eSPKB ini telah dijalankan di semua JANM Negeri/Cawangan dan JMS. Oleh itu, pengguna eSPKB boleh mencapai sistem seperti biasa bermula 8 Mei 2016.

 

Bagi membolehkan token ini dapat digunakan, pengguna perlu memasang agen GPKI 1.1 di komputer pengguna. Agen GPKI 1.1 boleh dimuat turun di portal GPKI MAMPU (https://gpki.mampu.gov.my/GPKIPortal/link-perisian.jsp).

 

Pengguna perlu memastikan agen GPKI sedia ada telah di uninstall sebelum memasang agen GPKI 1.1. Rujuk panduan pengguna pemasangan agen GPKI di portal GPKI MAMPU (https://gpki.mampu.gov.my/GPKIPortal/link-manual.jsp.

image