Ketua Jabatan/PTJ,

 

Untuk makluman, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan 1PP Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan​ (PB3.3) selaras dengan pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2016 lalu.

 

Sehubungan dengan itu, Kementerian/ jabatan/ agensi dikehendaki menyusun semula keutamaan program/aktiviti masing-masing supaya sejajar dengan agenda nasional.​ Sila ambil perhatian terhadap perbelanjaan yang terlibat dalam langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan ini seperti dibawah:

 

  1. Perjawatan
  2. Penyusunan Semula Organisasi/ Penubuhan Badan Berkanun
  3. Elaun Lebih Masa
  4. Imbuhan Tetap Keraian
  5. Perjalanan Bertugas Di Dalam Negeri/ Ke Luar Negara
  6. Perjalanan Udara (Dalam dan Luar Negara)
  7. Penginapan Di Luar Negara
  8. Perbelanjaan Utiliti
  9. Sewaan Pejabat/ Peralatan Pejabat
  10. Pakaian Seragam/ Korporat
  11. Barang Pakai Habis
  12. Penganjuran Acara/ Majlis/ Keraian Rasmi/ Mesyuarat/ Persidangan/ Seminar/ Bengkel
  13. Kempen/ Promosi/ Penajaan/ Pengiklanan
  14. Penyumberluaran (Outsourcing)
  15. Perbelanjaan Pembangunan
  16. Penggunaan Rizab Akaun Amanah/ Sumber Dalaman
  17. Usaha-Usaha Meningkatkan Hasil Kerajaan Persekutuan

 

Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2016.

 

Sila rujuk lampiran dibawah untuk maklumat lanjut.

 

Terima kasih

 

JANM Perlis

 

Lampiran : Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan​ (PB3.3)

image