Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,

Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat ( BPTM ) Putrajaya sedang dalam proses untuk mengumpulkan maklumat ‘ user role mapping ‘ di setiap PTJ berdasarkan modul-modul capaian di dalam sistem 1GFMAS. Pihak JANM Cawangan Sandakan telah menghantar email berkaitan ‘user role mapping’ kepada pihak tuan pada 05 September 2016.

Semua PTJ yang bertanggungjawab mengendalikan tahap capaian sistem e-SPKB & e-Terimaan di jabatan masing-masing adalah dipohon untuk melengkapkan modul-modul tersebut dan di emel semula ke jabatan ini sebelum atau pada 15 SEPTEMBER 2016. Sebarang pertanyaan @ kemusykilan berkaitan perkara di atas, sila hubungi pegawai yang berikut:

  1. Pn. Suziana Binti Lipoh
    suziana[@]anm[dot]gov[dot]my
    089-668330/331

  2. Pn. Rohsani Binti Othman
    rohsani.othman[@]anm[dot]gov[dot]my
    089-668330/331

  3. Pn. Nur Affniyana Binti Wad
    affni.wad[@]anm[dot]gov[dot]my
    089-668330 / 331

PERINGATAN :-

  1. JANGAN UBAH (TAMBAH / BUANG ) PADA TEMPLATE SEDIA ADA.
  2. SEMAK DATA PEGAWAI DI JABATAN MASING-MASING ( nama penuh, no k.p, email (email persendirian sahaja, no. tel & no. faks)
  3. SEBARANG TAMBAHAN PEGAWAI HENDAKLAH DIWARNAKAN MERAH MANAKALA PENGURANGAN PEGAWAI HENDAKLAH DIBUAT CATATAN DI BAWAH JADUAL.
  4. DATA YANG PERLU DIISI ADALAH PADA RUANGAN PTJ (BERWARNA BIRU ) DAN RUANGAN LAPORAN (BERWARNA UNGU) SAHAJA.
  5. DATA LEVEL OF APPROVAL (LOA) YANG TELAH DIKEMASKINI  HENDAKLAH DIBUAT PENGESAHAN OLEH PEMEGANG WARAN PERUNTUKAN/ KETUA JABATAN. (Hantar ke kaunter AG Sandakan bersama Lampiran 1 Serta Salinan KEW 290)

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian Terima Kasih

image