ANM/EG/504 JLD 13(7)

 

PERINGATAN: Penaiktarafan Sijil Server Secure Socket Layer (SSL) daripada algorithm SHA1 kepada SHA2

 

Untuk makluman, hasil perbincangan bersama pihak MAMPU telah dimaklumkan bahawa Microsoft akan berhenti menerima sijil SSL SHA-1 pada 1 Januari 2017 memandangkan terdapat vulnerabilities atau kelemahan pada sijil SSL SHA-1 crytographic. Bagi mengelakkan sebarang isu kelemahan dan ketidakbolehan capaian sistem yang disebabkan oleh kelemahan SSL SHA-1, maka pihak PPPA akan melakukan penaiktarafan daripada sijil SSL SHA-1 kepada SSL SHA-2. Aktiviti penaiktarafan kepada SSL SHA-2 bagi sistem eSPKB dan eTerimaan dijadualkan pada 1 Jun 2016.
Sehubungan dengan itu, keperluan minima komputer pengguna yang diterima oleh SSL SHA-2 adalah Internet Explorer 7 dan versi ke atas serta Windows XP Service Pack 3 dan versi ke atas. Oleh yang demikian, Pejabat Perakaunan adalah disarankan untuk memastikan komputer pengguna adalah menepati keperluan minima yang telah ditetapkan dan sebarang kos yang terlibat adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Perakaunan masing-masing.

 

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh hubungi pegawai berikut:

 

  1. Puan Nik Athirah binti Nik Abdullah (03-8882 1221)
  2. Puan Norasmiza binti Rusli (03-8882 1364)


Sekian, terima kasih.
Helpdesk PPPA
17 Mac 2016

image