Tuan/Puan,

Berhubung dengan perkara di atas, pihak kad SmartPay PETRONAS telah memaklumkan berkenaan penggantian kad SmartPay PETRONAS yang lama kepada satu set kad yang baharu bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Set baharu kad SmartPay dan PIN telah dihantar kepada alamat anda pada akhir tahun lepas.  Anda disarankan supaya mula menggunakan kad SmartPay yang baharu kerana penyekatan kad lama akan berkuatkuasa pada 31 Mac 2016.

Kad lama anda akan disekat secara automatik walaupun anda tidak menggunakan Kad SmartPay yang baharu.  Sila potong kad lama selepas anda menerima set baharu kad SmartPay dan PIN.  Sila hubungi talian 1-300-88-8282 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk sebarang pertanyaan.

Sekian, harap maklum.

JANM CAWANGAN SRI AMAN

 

image