Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti ‘housekeeping’ data tahun 2014 bagi sistem eSPKB  dan eTERIMAAN akan dilaksanakan pada 09 – 10.04.2016.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dinasihatkan untuk membuat simpanan fail ke atas resit-resit dan laporan-laporan bagi tahun 2014 jika perlu.
Untuk makluman tuan/puan, setelah aktiviti ‘housekeeping‘ ini selesai dijalankan, hanya data tahun 2015 dan 2016 yang boleh diperolehi melalui sistem.

Bagi menjalankan aktiviti ini, Server ESPKB dan ETERIMAAN Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sri Aman akan ditutup pada 08.04.2016 (Jumaat) bermula pada jam 5.30 petang sehingga 10.04.2016. Sistem ESPKB dan ETERIMAAN boleh digunakan semula seperti biasa pada 11.04.2016 (Isnin).

 

Sekian Terima kasih.

b/p : Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sri Aman

 
image