Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Tuan/puan,

Merujuk kepada makluman yang diterima daripada pihak Kad SmartPay PETRONAS, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa kad SmartPay anda yang sedia ada telah digantikan dengan kad SmartPay baru. Tujuan gantian tersebut adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan kad SmartPay anda dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Set baru kad SmartPay dan PIN telah dihantar kepada alamat anda pada akhir tahun lepas. Anda disarankan supaya mula menggunakan kad SmartPay yang baru kerana pihak Kad SmartPay PETRONAS akan menyekat kad lama berkuatkuasa pada 31hb Mac 2016.

Kad lama anda akan disekat secara automatik walaupun anda tidak menggunakan Kad SmartPay yang baru. Disertakan bersama surat pemakluman yang dikeluarkan oleh pihak  Kad SmartPay PETRONAS.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan   En.Mohd Hazril Mohd di 03-2179 5211 atau En. KHAIRUL di 03-21795245.

Sekian, harap maklum.

 

b.p Unit Bayaran

JANM Cawangan Sri Aman

 

image