Tuan/ Puan

KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN JANM NEGERI/ CAWANGAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat JANM sedang mengumpul maklum balas pelanggan JANM Negeri dan Cawangan melalui Kajian Keberkesanan Perkhidmatan melalui pautan di bawah:​

                                                           http://goo.gl/forms/eWLyP5FEOH

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan.

Oleh yang demikian, Kerjasama pihak tuan / puan adalah dipohon untuk mengisi dan menjawab soal selidik kajian ini. Kajian ini bermula 14 Mac 2016 hingga 29 Mac 2016.

Perhatian dan maklumbalas tuan/ puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

image