Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI NATIONAL HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT INSTITUTE (NHI), REPUBLIC KOREA TAHUN 2017 BAGI KUMPULAN PELAKSANA GRED 27-40

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Di National Human Resources Development Institute (NHI), Republic Korea Tahun 2017 Bagi Kumpulan Pelaksana Gred 27-40. Program ini akan diadakan selam 12 hari bermula dari 3 April hingga 14 April 2017.

Sehubungan itu, YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 25 Januari 2017 (Rabu). Maklumat lengkap berkaitan program, syarat-syarat permohonan dan lampiran kegiatan/aktiviti/sumbangan pegawai adalah seperti lampiran yang disertakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut:

Puan Fauziah Binti Abdullah

Tel: 03-8882 1188 / emel: fauziah_abdullah[@]anm[dot]gov[dot]my

Sila klik disini untuk maklumat lanjut

Sekian, terima kasih.

image