Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

 

PELAN LATIHAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA TAHUN 2017

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Perakaunan bertanggungjawab menyediakan Pelan Latihan bertujuan bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi pegawai perakaunan. Ia adalah sebagai platform penting ke arah peningkatan kemajuan kerjaya warga perakaunan yang terdiri dari Akauntan, Penolong Akauntan, dan Pembantu Akauntan lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

 

Sehubungan itu, bagi tahun 2017, JANM telah mengatur beberapa kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi skim perakaunan sebagaimana yang digariskan di dalam Pelan Latihan tersebut. Semua kursus akan dilaksanakan oleh Institut Perakaunan Negara (IPN).

 


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:

 

Puan Nur Shafinaz binti Muhamad
(Penyertaan Akauntan)
No. Tel: 03-88821170
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Encik Mohd Izzuddin bin Jasni
(Penyertaan Penolong Akauntan dan Pembantu Akauntan)
No. Tel: 03-88821089
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sila klik disini untuk maklumat lanjut

 

Sekian, terima kasih.

 

 

image