Dimaklumkan Kerajaan bersetuju untuk membuka semula sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam maksimum 60% melalui sistem gaji berkomputer JANM bermula bulan Jun 2017. Kod gaji baharu bagi potongan pinjaman peribadi / insurans / takaful baharu akan dilaksanakan mulai gaji Julai 2017 untuk tujuan pemantauan dan kawalan.


Sehubungan dengan itu, penjawat awam hendaklah mematuhi arahan pendapatan bersih sekurang-kurangnya berada pada paras minimum 40% melalui surat JPA.BK(S)328/2 Jld.13(9) bertarikh 24 Januari 2017 mengenai “Pemantauan Ke Atas Pegawai Yang Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius” supaya tidak dikenakan tindakan tatatertib.

 

 

image