Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
Tuan/ Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah menawarkan Program Biasiswa Lee Kuan Yew School of Public Policy bagi pengajian peringkat Sarjana secara sepenuh masa.

Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kemudahan ini. Semua Akauntan lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 3 salinan untuk borang permohonan dan 5 salinan kertas penyelidikan dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 10 Ogos 2017 (Isnin). Calon/pemohon akan dipanggil temuduga dalam tempoh terdekat sebelum diperakui ke JPA. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

Puan Fauziah binti Abdullah Tel: 03-8882 1188 /
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cik Diyana binti Azhari Tel : 03-88821030 /
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Puan Rozalinda binti Md Rasip Tel: 03-8882 1185 /
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

Sekian, terima kasih.

image
image