Semua Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
Semua Ketua Pusat Terimaan

 

Makluman : Housekeeping Database Sistem eSPKB dan eTerimaan

 

Adalah dimaklumkan bahawa proses housekeeping database sistem eSPKB dan eTerimaan akan dilakukan pada 21 April 2017 (Jumaat) mulai jam 5.00 petang. Capaian ke sistem tidak dapat dilakukan pada masa proses tersebut dijalankan. Sistem akan beroperasi semula pada 24 April 2017 (Isnin) jam 8.00 pagi.

 

Selepas proses tersebut dijalankan, hanya transaksi dari tahun 2016 sehingga tarikh semasa sahaja yang terdapat di dalam database. Sehubungan dengan itu diminta semua PTJ untuk membuat salinan data berbentuk softcopy atau hardcopy iaitu menyimpan cetakan dokumen kewangan atau laporan bagi tahun 2015 ke dalam media storan seperti CD, hard disk atau pen drive untuk simpanan dan rujukan.

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Unit Teknikal JANM NS di talian 06-7686816/ 06-7686831 (Pn Jusmiah bt Jamaluddin/ En Mohd Rizal bin Sabtu/ En Ehsan Sopian bin Othman. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari semua PTJ amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 Muat Turun Makluman : Housekeeping Database Sistem eSPKB dan eTerimaan

image