Ruj : ANM (IT)MEL/01 Jld. 3 (62)



PENUTUPAN SERVER eSPKB & eTERIMAAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2017


Kepada Semua PTJ dan Pusat Terimaan Yang Diberi Khidmat oleh JANM Negeri Melaka.

Adalah dimaklumkan bahawa server eSPKB dan eTerimaan akan ditutup sempena cuti perayaan bermula pada 23/06/2017 (Jumaat - Jam 2.30 petang) dan akan dibuka semula pada 28/06/2017 (Rabu). PTJ tidak boleh mengakses sistem eSPKB dan eTerimaan sepanjang tempoh penutupan tersebut.


Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran di dalam proses pembayaran, Baucar Bayaran yang telah sempurna hendaklah diperakui sebelum jam 10.00 pagi pada 23/06/2017 (Jumaat) bagi membolehkan bayaran diterima oleh penerima bayaran pada hari yang sama. Kerjasama Ketua Jabatan adalah diminta untuk menyampaikan makluman ini kepada Pusat Kos di bawah kawalan masing-masing. 


Sekian, terima kasih.

image