Ruj : ANM(IT)MEL/01 Jld. 3(66) 

BAHAN LATIHAN REFRESHER MODUL HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) 1GFMAS
Kepada Semua PTJ & Pusat Pembayar Yang Diberi Khidmat oleh JANM Negeri Melaka. 
2.         Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, latihan kepada Expert End User (EEU) bagi modul HCM telah diadakan pada tahun 2016 kepada semua PTJ yang terlibat. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh kekangan teknikal, latihan refresher modul HCM secara atas talian tidak dapat dijalankan bagi tahun 2017. Bagi membolehkan pengguna di PTJ bersedia untuk menghadapi Go-Live 1GFMAS pada 1 Januari 2018, latihan refresher modul HCM perlu dijalankan menggunakan pendekatan video EpiLearn.
3.         Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan pautan capaian bagi memuat turun bahan-bahan terkini berkaitan modul HCM di
            https://cloud.anm.gov.my/index.php/s/L6KMUS6ttRqDPXF
Bahan yang disertakan adalah seperti berikut:
a.      Slide overview HCM 1GFMAS;
b.      Manual Prosedur Kerja (MPK) HCM mengikut proses tindakan;
c.      Manual latihan HCM 1GFMAS; dan 
d.      Video EpiLearn HCM 1GFMAS
4.         Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menghubungi Pn. Sarifah Izura Syed Aris (03-88821384) atau En. Mohd. Nazri Bin Hassan (03-88821383).  Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih. 
JANM, Negeri Melaka 
30  Jun 2017 
No. Tel : 06-289 5000  
No. Fax : 06-234 5201 
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
image