Ruj : ANM(IT)MEL/01 Jld. 4(25)

 

PENUTUPAN AKAUN KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN KEWANGAN 2017 - PENYERAHAN KERTAS KERJA SOKONGAN BAGI PANJAR WANG RUNCIT

 

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Perhatian Kepada Semua PTJ.

 

2.     Adalah dimaklumkan bahawa surat peraturan Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun Kewangan 2017 telah dikeluarkan pada 22 November 2017.

 

3.     Sehubungan itu, terdapat beberapa tindakan yang perlu diambil perhatian oleh pihak tuan/puan berkenaan Panjar Wang Runcit (PWR) seperti berikut :-

 

        a) Sesalinan laporan FBL1N boleh dimuat turun dari komputer yang disediakan di kiosk jabatan ini mulai 5 Januari 2018 (Jumaat).

 

        b) Sijil Perakuan PWR 2017 hendaklah disediakan berdasarkan laporan FBL1N dan dikemukakan kepada jabatan ini sebelum atau pada 8 Januari 2018 (ISnin).

 

4.     Sekiranya PTJ gagal mengemukakan Sijil Perakuan PWR kepada jabatan ini pada tarikh yang ditetapkan, jabatan ini tidak akan meluluskan baucar bayaran rekupmen bagi tahun 2018.  Kerjasama dan perhatian daripada semua PTJ berkenaan perkara ini amatlha dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

JANM, Negeri Melaka

04 Disember 2017

 

No. Tel : 06-289 5000 

No. Fax : 06-234 5201

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Muat Turun

image