Ruj : ANM(IT)MEL/01 Jld. 4(39)

 

 

PENYEDIAAN WARAN KOSONG BAGI PEMBAYARAN EMOLUMEN (KOD OBJEK 11000, 12000, 13000, 17000) SERTA BIL AKAUN PUKAL (KOD OBJEK 23000, 26000 dan 27000) BAGI TAHUN 2018

 

YBhg.  Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

Perhatian kepada semua PTJ/Pusat Pembayar,

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa, PTJ perlu mewujudkan waran peruntukan kosong di bawah objek sebagai (OS) 11000, 12000, 13000 dan 17000 bagi  pembayaran emolumen serta objek sebagai (OS) 23000, 26000 dan 27000 bagi pembayaran bil akaun pukal. 

 

3. Sehubungan itu, PTJ perlu mengunci masuk waran peruntukan kosong tersebut melalui portal 1GFMAS berpandukan langkah-langkah seperti berikut selewat-lewatnya pada 5 Januari 2018.

 

i) Login portal 1GFMAS

ii) Daftar Waran      Waran Peruntukan       pilih       WP-kosong - Jana

iii) Masukkan Kod Kump.PTJ & PTJ pengeluar

iv) Perihal seperti tajuk di atas

v) Isi charge line & kod objek mengikut PTJ masing-masing.

 

4. PTJ yang telah menerima waran peruntukan dibawah objek sebagai tersebut dari Ibu Pejabat/ 

Kementerian tidak perlu mengunci masuk waran peruntukan kosong.

 

Kerjasama dan perhatian daripada semua PTJ/Pusat Pembayar berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Gaji / Unit Akaun

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Melaka

2 JANUARI 2018

No. Tel : 06-289 5000 

No. Fax : 06-234 5201

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MUAT TURUN CONTOH WARAN KOSONG 

image