Adalah dimaklumkan bahawa PTPTN telah membuat padanan ke atas peminjam PTPTN yang telah menyelesaikan pinjaman dan mendapati terdapat peminjam yang mempunyai lebihan bayaran. Sehubungan dengan itu, hebahan telah dibuat melalui laman web PTPTN berhubung lebihan bayaran balik pinjaman PTPTN dan kemudahan tuntutan semula lebihan bayaran boleh dibuat secara atas talian.

Hasil padanan dengan data JANM Pahang mendapati terdapat penjawat awam di bawah JANM Pahang mempunyai lebihan bayaran balik pinjaman PTPTN dan bersama-sama ini disertakan senarai nama penjawat awam yang terlibat (Lampiran A).

Pusat Pembayar diminta untuk memaklumkan kepada penjawat awam di Jabatan masing-masing agar menghubungi pihak PTPTN atau melayari laman web PTPTN bagi memohon lebihan bayaran balik pinjaman PTPTN.

Sekian, terima kasih.

 

LAMPIRAN A

 

 

Unit Gaji

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang

07 April  2017

 

 

image