PEMBERSIHAN DATA (HOUSEKEEPING) BAGI TAHUN 2015 DAN PENUTUPAN SEMENTARA SERVER eSPKB DAN eTERIMAAN DI JANM NEGERI PAHANG

Merujuk kepada buletin ANM.PHG.(P)20JLD.5(74) bertarikh 3 April 2017 berhubung perkara di atas, terdapat pindaan  masa bagi aktiviti tersebut seperti berikut :

TARIKH MULA

TARIKH SELESAI

5 MEI 2017 (JUMAAT)

JAM 12.00 TENGAHARI

9 MEI 2017 (SELASA)

JAM 7.30 PAGI

Server eSPKB dan eTerimaan tidak dapat diakses pada tempoh tersebut. Semua PTJ dikehendaki membuat perakuan II penyata pemungut, baucar bayaran, baucar jurnal dan waran peruntukan sebelum jam 12.00 TENGAHARI 5 Mei 2017 (Jumaat).

Semua laporan tahun 2015 hendaklah disimpan dalam bentuk softcopy atau hardcopy kerana laporan tersebut tidak boleh dijana kembali selepas proses housekeeping selesai dilaksanakan.

PTJ juga adalah diingatkan supaya membuat perancangan kerja bagi memastikan tiada berlaku kelewatan pembayaran bil.

Sekian terima kasih.

Helpdesk

JANM Pahang

 

 

 

Berikut adalah buletin ANM.PHG.(P)20JLD.5(74) bertarikh 3 April 2017:

Pembersihan Data (HOUSEKEEPING) Bagi Tahun 2015 Dan Penutupan Sementara Server eSPKB Dan eTerimaan Di JANM Negeri Pahang

image