Dimaklumkan bahawa server eSPKB akan ditutup sempena Cuti Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha untuk tempoh seperti berikut;

 

 TARIKH SERVER DITUTUP  TARIKH DIBUKA SEMULA
 30 OGOS 2017 (RABU)

JAM 12.00 TENGAHARI

 4 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)

JAM 8.00 PAGI

 

Sistem eSPKB tidak dapat dicapai dalam tempoh tersebut. Semua PTJ dikehendaki membuat perakuan II baucar bayaran, baucar jurnal, penyata pemungut (eSPKB) dan waran peruntukan sebelum jam 12.00 tengahari, 30 Ogos 2017.

Untuk tujuan kemasukan terimaan ke bank (bank-in) selepas jam 12.00 tengah hari pada tarikh tersebut, PTJ yang menggunakan Penyata Pemungut eSPKB boleh menggunakan dokumen Penyata Pemungut ‘soft copy’ sepertimana yang dilampirkan untuk dikemukakan kepada pihak bank.


PTJ juga adalah diingatkan supaya membuat perancangan kerja bagi memastikan tiada berlaku kelewatan pembayaran bil.
Sekian, terima kasih.


Unit Pengurusan Dana
JANM Negeri Pahang
10 Ogos 2017

image