​Assalammualaikum wbt, Salam Kegemilangan dan
Salam 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Tuan/Puan,


MAKLUMAN KLINIK GPKI 2.0 DI MAHKAMAH IPOH, PERAK



Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


2. Seperti yang tuan/puan sedia maklum, Sistem GPKI Versi 2.0 telah dilancarkan pada 25 April 2017. Untuk makluman tuan/puan, Klinik Government Public Key Infrastructure (GPKI) Versi 2.0 akan diadakan di Mahkamah Ipoh, Perak seperti ketetapan berikut:


Tarikh    : 31 Mei 2017 (Rabu) – 2 Jun 2017 (Jumaat)
Masa      : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat  : Mahkamah Ipoh, Perak
                 Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
                30100 Ipoh,
                PERAK

3. Sekiranya tuan/puan menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan sijil digital (token, softcert, roaming), tuan/puan adalah dijemput hadir ke sesi klinik ini. Sukacita sekiranya pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak​ dapat membuat hebahan kepada pengguna mengenai Klinik GPKI 2.0 untuk membantu pengguna menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, tuan/puan bolehlah menghubungi Pasukan Projek GPKI MAMPU (pmo.gpki[@]mampu.gov.my) dan membuat panggilan telefon kepada Puan Dahliah di talian 013-3562583.

4. Segala perhatian dan kerjasama daripada tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

image