Semua Ketua Jabatan Persekutuan /

Ketua Pusat Tanggungjawab

Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

PENYERAGAMAN FORMAT SURAT PENGESAHAN PEJABAT PERAKAUNAN BAGI KEBENARAN MENUNAIKAN AKAUN TRANSIT

Dengan  hormatnya  perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman tuan, merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil.17/2014 Tatacara Perakaunan Bayaran, sekiranya notifikasi eMaklum tidak dapat dicetak surat pengesahan daripada Pejabat Perakaunan diperlukan bagi menggantikan notifikasi tersebut. Surat pengesahan Pejabat Perakaunan adalah seperti di lampiran.

3.         Sehubungan itu, pihak tuan boleh mengemukakan  format surat pengesahan yang telah dilengkapkan ke Unit Pengurusan Dana dalam bentuk “softcopy” atau emailkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. bagi tujuan pengesahan. Pemakaian format surat pengesahan ini berkuatkuasa 01 Mac 2018.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI PERAK

 

28 Februari 2018

Klik Disini Untuk Muat Turun Lampiran

image