Ruj. Kami :   ANM.PK.D/600-2/5(5)

Tarikh      : 8 Ogos 2018

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /

Ketua Pusat Tanggungjawab

Y.Bhg Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN MELALUI MODUL INVOIS TANPA PESANAN TEMPATAN (PT)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Perak telah menerima banyak permohonan daripada PTJ berkenaan pembayaran melalui Modul Invois Tanpa PT.

3.         Sehubungan itu, berikut disertakan garis panduan mengenai permohonan tersebut:

3.1       PTJ hendaklah menyemak terlebih dahulu Kod Pembekal dalam Data Induk (Maklumat Pembekal) sebelum memulakan sebarang transaksi (Perolehan dan Arahan Pembayaran) bagi mengelakkan kesilapan pemilihan kod pembekal.

3.2       Kelulusan pembayaran melalui Modul Invois Tanpa PT tidak akan diberikan akibat kecuaian kesilapan  pemilihan kod pembekal pada masa hadapan.

3.3       Bagi kes yang telah berlaku sebelum tarikh surat ini dikeluarkan, kelulusan hanya akan diberikan untuk tujuan tersebut sahaja.

4.         Arahan ini berkuatkuasa dari tarikh memo ini dikeluarkan. Segala kerjasama Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai berikut di talian 05-2547304 / 7305:

Puan Nurul Amira Izni binti Ahmad                                       samb   108

Puan Suhaidah binti Samsudin                                               samb   176

Puan Suhana binti Yusof                                                        samb   176

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA

NEGERI PERAK

8 OGOS 2018

 

RUJUK BULETIN PENUH

image