Ruj.Kami :ANM.PK.G.600-1/1/2JLD.3(51)

Tarikh : 21 Februari 2019

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JADUAL DAN PANDUAN INPUT GAJI PEGAWAI BERGAJI HARI (DAILY RATED) MELALUI SISTEM iGFMAS MODUL HCM BAGI TAHUN 2019

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, dilampirkan Jadual 1 dan panduan input gaji pegawai bergaji hari (Daily Rated (DR)) bagi tahun 2019 melalui sistem iGFMAS modul HCM. Tempoh tindakan input oleh PTJ hanya 1 hari sahaja. Sila pastikan PTJ / Jabatan tuan /puan mematuhi tarikh yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses larian gaji DR.

3. Dilampirkan Lampiran A - Panduan Input Gaji Daily Rated (DR) untuk tindakan Jabatan / PTJ. Tuan/puan hendaklah memastikan tiada pembayaran dibuat secara Arahan Pembayaran di Portal iGFMAS sekiranya tuan/puan memilih pembayaran gaji DR melalui modul ini.

Sekian, terima kasih.

PENGARAH

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

 

NEGERI PERAK

Jadual Proses Gaji DAILY RATED peringkat PTJ Tahun 2019

image