Bersama-sama ini dilampirkan semula Emel Blast : SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PENGGUNAAN SISTEM 1GFMAS DAN KEPERLUAN LATIHAN REFRESHER untuk tindakan lanjut tuan/puan.

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas berhubung (i) penggunaan sistem 1GFMAS; (ii) Latihan 1GFMAS; & (iii) Bahan latihan/rujukan dan untuk mengenalpasti latihan yang diperlukan bagi memantapkan pelaksanaan perakaunan akruan Kerajaan Persekutuan. Soal selidik hendaklah dilengkapkan oleh pengguna Sistem 1GFMAS bermula pada 13 April 2018 (Jumaat) hingga 26 April 2018 (Khamis). Untuk makluman sehingga 5.00 petang 24.04.2018 hanya 4.4% pengguna 1gfmas di Perlis yang menyertai soal selidik ini. Diharap akan ada peningkatan dalam memastikan pihak JANM mengetahui tahap sebenar keberkesanan sistem ini dan keperluan refresher course dalam mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. Soal selidik boleh diakses melalui link berikut :

 

 

​PENGGUNA LUAR JANM

https://www2.anm.gov.my/soalselidik/Lists/Soal%20Selidik%20Keberkesanan%20Penggunaan%20Sistem%201GF1/NewForm2.aspx?source=/soalselidik/Site%20Pages/terimakasih3.aspx

 

ATAU TERUS LAYARI http://www.anm.gov.my  di pautan PORTAL PERAKAUNAN AKRUAN

 

Sehubungan ini,  bagi memastikan soal selidik ini dilengkapkan oleh semua pengguna Sistem 1GFMAS dalam tempoh yang ditetapkan, mohon kerjasama tuan/puan sebagai Ketua @ PIC di Jabatan masing-masing untuk menjawab serta memanjangkan  emel blast ini kepada semua stakeholder berkaitan (PENGGUNA SISTEM 1GFMAS) agar soal selidik ini dilengkapkan sewajarnya

soalselidik

image