Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman pihak YBhg. Dato’ / Tuan / Puan, pembayaran bagi akaun yang tidak dipukalkan kepada agensi pukal seperti Touch ‘n’ Go, Syabas, Telekom, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium,dan lain-lain agensi pukal perlu diproses melalui Portal 1GFMAS dengan menggunakan kod Vendor Pembekal 6 xxxxxxxxx dan bukannya menggunakan kod Vendor 2 xxxxxxxxx yang didaftarkan untuk tujuan pembayaran pukal.

Sila rujuk  ANM(SEL)S.01/13 JLD 3(72)) bertarikh 19 April 2018 di sini selanjutnya

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Dato’ / Tuan / Puan, berhubung perkara ini amat dihargai dengan ucapan terima kasih.

 

Unit Bayaran

JANM Negeri Selangor

image