Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di National Human Resources Development Institute (NHI), Republic Korea Tahun 2018.

 

Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 30 Januari 2018. Maklumat lengkap berkaitan program, syarat-syarat permohonan dan lampiran kegiatan/aktiviti/sumbangan pegawai adalah seperti lampiran yang disertakan.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut:

 

Cik Ain Nadhirah Binti Jamal Afandi

 

Tel: 03-8882 1030/ emel: ain.jamal[@]anm[dot]gov[dot]my

 

Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

 

Sekian, Terima Kasih.

image