Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/ Dato'/Tuan/Puan,

 

PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM SANGKUTAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KERAJAAN DI SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA REPUBLIK PERSEKUTUAN JERMAN TAHUN 2018

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Program Sangkutan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Di Syarikat-Syarikat Swasta Republik Persekutuan Jerman pada 21 September hingga 1 November 2018.

 

Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (Latihan) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 9 April 2018 (Isnin). Sebarang pertanyaan sila hubungi

 

Puan Fauziah Binti Abdullah di talian 03-88821188/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sila klik disini Surat Tawaran dan Syarat permohonan 

 

Sekian, terima kasih.

image